Selasa, 29 September 2009

Bagaimana Masa Depan Anak-anak Ini...?


Antara anak-anak didikku yang kini sedang menanti keputusan UPSR.
Terdetik di hatiku, apakah gerangan masa depan mereka. Mulai 01.01.2010, bermulalah dunia remaja mereka. Namun kutetap memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar anak-anak bangsaku akan sentiasa terlindung daripada sebarang godaan dunia yang fana ini.
Lebih selesa apabila sentiasa menyedari yang dunia ini adalah tempat mengumpul bekalan untuk menikmati kesejahteraan di akhirat kelak. Tidak sesekali mereka akan tewas dengan tipudaya dunia.

Sabtu, 26 September 2009

Tamat Sudah Cuti Raya

Hari ini aku mula melangkah ke tempat kerja semula. Bertambah semangat lagi untuk meneruskan tugas aku. Apatah lagi mengenangkan anak-anak bangsaku yang kini masih ketinggalan dalam serba serbi bidang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Maaf Zahir dan Batin
Dengan Ingatan Yang Tulus Ikhlas

Jumaat, 25 September 2009

PUSAT MOTIVASI TITIAN GEMILANG




Pusat Motivasi Titian Gemilang Menyediakan Kemudahan:
1. Dewan Seminar Berhawa Dingin
2. Projektor & Laptop
3. PA Sistem
4. Bilik Solat
5. Internet (Streamyx)

Menyediakan perkhidmatan menyewa tempat untuk seminar, promosi, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian dengan kadar sewaan yang amat berpatutan.

Kami juga mengadakan program-program motivasi untuk para pelajar, ibu bapa dan para pekerja melalui pakej-pakej yang akan diiklankan pada masa-masa tertentu. Di samping itu juga, program berbentuk seminar atau teknik-teknik pembelajaran turut diadakan. Insyaallah tawaran-tawaran tersebut akan sampai ke pegetahuan anda nanti.

Kelas pengajian secara mingguan Al-Quran dan Bahasa Arab untuk peserta berumur 10 tahun ke atas sedang berjalan dan pendaftaran masuk masih dibuka. Pendaftaran akan ditutup apabila tempat yang disediakan penuh. Yuran setiap jenis kelas hanya RM20.00 sebulan bagi setiap peserta.
Sebarang pertanyaan, hubungi Cikgu Hasni 019 4177 345 Atau Ustaz Nazir 013 6040 057.